Tips Penanaman Jagung HibriMas & MasMadu (Part 1)

Lebih kurang 40 pokok jagung varieti HibriMas & MasMadu

Disebabkan mempunyai masa lapang semasa cuti belajar ini, rugi sekiranya masa tersebut tidak dimanfaatkan dengan sebarang aktiviti. Setelah mendapatkan biji benih jagung daripada pihak MARDI & Jabatan Pertanian semasa MAHA 2014 yang lepas, aktiviti menternak ikan laga hiasan (Betta splendens) diganti dengan penanaman jagung (Zea mays) varieti HibriMas dan MasMadu. Aktiviti penanaman pokok dilihat lebih mudah berbanding menternak ikan yang memerlukan perhatian yang lebih rapi terutama anak ikan masih berumur 2 minggu dan ke bawah.

Di sini bukan saya ingin mengajar teknik penanaman jagung tetapi lebih kepada perkongsian pengalaman penanaman jagung di halaman rumah. Untuk mendapatkan maklumat tentang info asas dan teknik penanaman jagung boleh diperoleh daripada website Jabatan Pertanian Perak:


  1. PENYIRAMAN : Amat kritikal di peringkat awal percambahan untuk mengelakkan pokok terbantut. Pokok yang terbantut boleh menghasilkan buah yang tidak mencapai saiz maksimum. Jagung antara tumbuhan yang memerlukan banyak sumber air di peringkat awal pertumbuhan. Irrigation method yang digunakan adalah manual sahaja.
  2. PEMBAJAAN : Penggunaan baja N:P:K 15:15:15 (Hijau) dapat membantu penggalakkan pertumbuhan seawal <1 minggu selepas percambahan. Elakkan membaja pada batang pokok untuk mengelakkan kerosakan anak pokok. Sebaik sahaja pokok sudah berbunga (42 hari), baja perlu beralih kepada N:P:K 12:12:17 (Merah) Baja yang digunakan adalah Baja Wan Landskap (Green Fingers Enterprise).
  3. PEROSAK : Didapati hanya belalang kunyit menjadi ancaman daun pokok jagung. Didapati sesetengah pokok seperti Moss Rose & Rock Rose mempunyai bahan kimia "Feeding Deterent" terhadap belalang. Nosema locustae juga  boleh digunakan sebagai biological control terhadap belalang. (Lomer C. J. et. al., 2001)
  4. "CULLING" : Untuk kegunaan comercial, kebiasaannya buah ketiga yang terkecil pada sebatang pokok di petik pada peringkat awal untuk dijadikan "Baby Corn". Ini untuk menggalakkan pertumbuhan saiz buah yang optimum. Jika untuk kegunaan sendiri, mungkin kita boleh membiarkan buah ketiga membesar untuk mendapatkan jumlah buah yang lebih,
1 lubang diletak 2-3 biji benih
Anak benih

N:P:K 15:15:15

Ladybird bukan ancaman utama

Kesan daripada serangan Belalang Kunyit


Anugerah ilahi


Comments

  1. Nice info about gardening! By the way, how many months does it take for the sweet corn to grow maturely?

    ReplyDelete
  2. The lifespan for sweet corn usually 4 months to harvest the yield. Afterwards 4 months the plant will die naturally. If u have the same project as mine, mind to share with me?

    ReplyDelete
  3. Minta jasa baik tn utk hubungi saya di 0108800552 sebab saya gagal dptkan benih jagung hibrimas tu. Urgent - azmi

    ReplyDelete
  4. saya pun x dapt cari benih yg tu..blh wasapt saya..0199644511

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts