Sekilas Lalu Tentang Pelan Keselamatan Air (Water Safety Plan)

Sumber : WHO

1. Water Safety Plan (WSP) diperkenalkan secara rasmi di Malaysia oleh World Health Organization (WHO) South East Asia Region pada 2009 dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Perak merupakan negeri bertuah menjadi tuan rumah untuk bengkel WSP yang berlangsung di Hotel Heritage.

2. WSP adalah pelan yang konsisten untuk memastikan keselamatan air sentiasa terjamin melalui penilaian risiko dari kawasan tadahan air (water shed/water catchment) sehingga pengguna (reticulation). Pendekatan konvensional kini beralih kepada pendekatan WSP.

3. Pendekatan WSP lebih bersifat mencegah dan proaktif berbanding pendekatan konvensional yang bersifat reaktif. "End-product testing" sahaja tidak memadai kerana terdapat tempoh mendapatkan keputusan analisa air. Pendekatan WSP juga boleh dikenali sebagai "Multi-Barrier Approach".

4. Setelah 6 tahun diperkenalkan terutamanya kepada syarikat pembekal air dengan bimbingan wakil dari WHO dan KKM, ada ruang untuk melihat bagaimana WSP dilaksana di setiap loji rawatan air. Tahap penerimaan WSP oleh semua stakeholder terutamanya setiap lapisan pekerja boleh dilihat dengan lebih teliti.

5. Penerimaan badan-badan berkepentingan (stakeholder) dalam industri rawatan air terhadap WSP juga boleh diteliti supaya ruang penambahbaikan dapat dilaksanakan. Dari sini boleh diwujudkan kerjasama di antara semua stakeholder. 11 langkah di dalam modul WSP juga ada menyentuh tentang pengwujudan pasukan WSP yang memerlukan penglibatan SEMUA stakeholder.

6. "Training of Trainer" juga amat kritikal diperingkat awal di pihak KKM supaya pembekal air dan stakeholder yang lain dapat dibimbing. Verifikasi terhadap pilot projek diharap dapat merangsang pengwujudan dokumen WSP di setiap loji rawatan air yang lain.

7. Bagi saya ada ruang untuk kajian dijalankan terhadap persepsi stakeholder dalam industri air terhadap WSP. Kenyataan masalah adalah jelas. Kaedah konvensional masih terdedah dengan risiko pencemaran air.

8. Sebarang komen positif terutama daripada stakeholder amat dialu-alukan. Pertanyaan dan sumbangan idea terhadap kajian peringkat master amat dialu-alukan.Sekian.

Comments

Popular Posts